Thursday, June 17, 2010

Pemakanan Itik

PEMAKANAN

Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.

Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.

1. Makanan komersil

2. Makanan campuran sendiri

1.Makanan Komersil

Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.

Umur

Jenis Makanan

Kandungan

Protin

Tenaga

0 - 2 minggu"Duck Starter"

20 %

2700-3000

2 - 3 minggu"Duck Starter" dicampur "Duck Grower"

-

-

4 - 16 minggu"Duck Grower"

16 %

2500 - 2800

16 minggu dan semasa bertelur"Layer"

17 %

2600 - 2900

2. Makanan Campuran Sendiri

Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.

Bahan-bahan:-

Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .

Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:-

Umur

0 - 4 minggu1.2 kg. - 1.6 kg.
5 minggu - 22 minggu11.0 kg - 11.8 kg
22 minggu ke atas (semasa bertelur)160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari

Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).

KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT

Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:-

Menjaga kebersihan ladang setiap masa

Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat

Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat " antistress" harus diberi pada umur itik 1 - 3 hari.

Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai

Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak- anak itik yang baru

Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.


KEPERLUAN CAHAYA

Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari.

2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-

Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.

Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur

Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 - 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.

Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.

Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki

Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.

PENGURUSAN

Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:

Persediaan sebelum ketibaan anak itik

Pemeliharaan semasa perindukan

Pengurusan semasa membesar

Pengurusan semasa bertelur

Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik

Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik)

Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 - 4 inci.

Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 - 3 jam sebelum anak itik sampai.

Pemeliharaan Semasa Perindukan

Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan.

Masa perindukan adalah selama 20 - 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.

Beri antistress selama 3 hari.

Beri makanan duck starter crumble tanpa had

Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian.

Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.

Pengurusan Semasa Membesar

Keluarkan alat pemanas dan pembentung

Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar

Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering

Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 - 2800k/cl

Timbang 2 - 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .

Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.

Pengurusan Itik Semasa Bertelur

Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 - 22 minggu. Oleh itu :-

Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 - 2900 k/cl.

Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 - 5 minggu sebelum bertelur.

Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 - 170 gm sehari /ekor.

Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama

Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)

Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)

Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata

Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan

Semak keperluan cahaya mengikut umur itik

PENGHASILAN

Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-


Telur Itik Segar

Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 - 15.0.

Telur Masin

Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar.

Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.


(Sumber:Agro - Journal Pertanian)

No comments:

Post a Comment