Showing posts with label ayam gembira. Show all posts
Showing posts with label ayam gembira. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

Sedikit Tentang Ayam Kampung

Ayam kampung adalah istilah yang diberikan kepada ayam yang dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan. Nama saintifik bagi ayam kampung ini ialah Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala di sebelah Negara Barat mereka memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik(organic chicken).

Asal usul Ayam Kampung

Pada asalnya ayam kampung ini telah lama diternak di Malaysia dan negara-negara dunia ketiga lain. Dengan kemasukan pedagang-pedagang luar suatu masa dahulu khususnya pedagang dari Negara China ini yang membawa baka ayam yang dinamakan Canton telah dikacukkan dengan ayam di sini maka lahirlah generasi kedua ayam kampung ini. Pada zaman penjajahan Inggeris di tanah Melayu pula mereka membawa baka dari negara Eropah maka dikacukkan dengan ayam-ayam yang terdapat di sini. Sejak itu lahirlah berbagai gelaran ayam kampung seperti ayam botak, ayam bulu balik, ayam selasih, ayam janggut, ayam laga atau ayam sabung, ayam togel, ayam katik atau ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.


Thursday, May 27, 2010

HELLO! :)

Selamat Datang ke Blog kami...

Tujuan blog ini dilahirkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat dalam dunia penternakan terutama penternakan ayam kampung dan penternakan ikan keli. Warkah ini lebih kepada nota rujukan untuk kami dimasa hadapan disamping berkongsi pengalaman dan membantu bakal penternak.

Oleh itu harapan kami blog ini dapat digunakan sebaik mungkin demi menjadi kalifah di muka BUMI Allah ini. Anda yang ingin melawat reban dan membeli ternakan bolehlah menghubungi kami di:

Yusof Bin Darus
HP: 0126765170 & 0173148332
Alamat:
Lot 5040, Kampung Melayu Bt.16,
48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

email:
ybyusda@yahoo.com
arra_zira@yahoo.com